Sep 16 2008

Dulu, Kini Dan Selamanya

panduan bisnesKalau anda nak tahu, ini lah kuih yang paling saya suka dari kecil hinggalah sekarang. Iaitu kuih bahulu. Disamping rasanya yang enak, yang paling saya suka ialah ia mempunyai nostalgia tersendiri. Bila makan kuih bahulu saya akan teringat kisah masa kecil. Sungguh indah jika dikenangkan kembali.

Kalau nak dibandingkan rasanya dulu dan sekarang, memanglah ada bezanya. Zaman dahulu bahulu di bakar dengan kayu arang. sebab tu rasanya enak. sekarang ini menggunakan oven elektrik dan rasanya memang berbeza. Bagaimana pun kuih ini tetap menjadi pilihan saya dari dahulu, kini dan selamanya.

Jika tidak ada aral melintang, mungkin lepas raya ini saya akan belajar membuat sendiri kuih bahulu ini melalui kak saya. Bukan apa, saya begitu fanatik dengan kuih bahulu ini. sebab itu saya akan cuba belajar membuatnya sendiri.

Jika dah berhasil nanti, saya akan ceritakan di blog ini nanti.

Terima Kasih.

panduanbisnes.com

TAGS: , ,

1 Comments on this post

Trackbacks

  1. Amirol said:

    Kuih kegemaran saya juga lebih2 lagi waktu masih panas (baru selesai dimasak). Memang sedap apatah lagi dicicah dengan air kopi. :D

    Nenek saya seorang pengusaha kuih bahulu waktu dulu. Sekarang ni dah berhenti buat sebab dah uzur. Sekarang ni kalau nak makan, kena beli je lah.

    September 17th, 2008 at 1:12 am

LEAVE A COMMENT

Subscribe Form

Subscribe to Blog