Selamat Menyambut Aidilfitri Kepada Pelawat Blog Panduan Bisnes
- 0 Comments
Rasanya suasana kemeriahan hari raya semakin terasa dimana-mana sahaja pun. Semua orang sedang sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut aidilfitri yg tinggal tak berapa hari saja lagi.
Suri rumah sibuk menyediakan kuih muih dan mengemas rumah supaya nampak lebih berseri walaupun tak semuanya baru. yang paling penting asalkan masih boleh digunakan lagi.
Memandangkan keadaan ekonomi sekarang ini agak gawat, lebih baik kita mengamalkan kesederhanaan dalam semua hal. Jangan membazirkan wang hanya kerana ingin menyambut adilfiri setahun sekali.
Dikesempatan ini saya menyusun 10 jari mohon ampun dan maaf, andai ada salah dan silap yang menyakiti anda tanpa saya sedari. ampun dan maaf dipinta.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Dan Batin
-pakteh-
PS : Berhati-hati dijalan raya. Pandu dengan cermat. Kalau shopping tu jangan la membazir, beli ala kadar sahaja.






